Wakaf Tunai Pembelian Rumah

Pertubuhan Kebajikan Dasar Johor

Adakah Anda Mahu Meraih Pahala Yang Berterusan?

Mulakan Dengan BERWAKAF

 Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk dekatkan diri kita kepada Allah S.W.T

  Berwakaf merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah S.W.T kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

  Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Apakah Hikmah Dalam Ibadah BERWAKAF

1. Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T
2. Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
3. Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
4. Berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.

Allah S.W.T berfirman didalam Surah Al-Imran ayat 115 yang bermaksud:

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

!!JANGAN RISAU!!

Wang Wakaf Anda Akan Digunakan Dimana?

Dimana Pelan Tanah?

Pelan tanah untuk wakaf pembinaan rumah ini adalah di Mukim Kesang, Tangkak, Johor. Jumlah Luas Lot tanah adalah sebanyak 418 Meter Persegi

Makluman Wakaf

Harga rumah dibuka pada harga RM680,000 dan pembayaran kepada tuan rumah secara bulanan telah bermula daripada 6/11/2022 dan masih berbaki sejumlah RM345,000. Tempoh untuk menyelesaikan baki rumah mengikut perjanjian adalah pada 30/6/2023.

Fasa 1

RM68,000 sebagai deposit perlu dibayar pada 6/11/2021

Status: Selesai

Fasa 2

RM200,000 perlu dibayar pada 6/2/2022

Status: Selesai pembayaran RM200,000 hanya pada tarikh 22/6/2022

Fasa 3

Baki RM412,000 perlu dibayar secara bulanan bermula 6/3/2022 secara ansuran sebanyak RM50,000/sebulan sehingga selesai pada 6/12/2022.
Status Terkini: Masih berbaki RM337,000 dan tempoh masa pembayaran dianjak kepada 30/6/2023

Jumlah Wakaf Terkumpul hanya RM9380.

Latar Belakang Pertubuhan Kebajikan Dasar Johor

Pertubuhan Kebajikan DASAR (Darul Al-Salamah Al-Rahmah) Johor adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan bagi tujuan mensyukuri nikmat menjadi ummat Baginda Saidina Nabi Muhammad S.A.W ,dengan cara berkhidmat kepada masyarakat dan para pewaris Baginda Rasullullah S.A.W iaitu para ilmuwan, asatizah, habaib dan alim ulama melalui jalan penganjuran program atau majlis dengan kepelbagaian modus operandi dan pengisian ilmu (pendidikan) kepada masyarakat. Pendidikan adalah sangat penting supaya penyerapan adab dalam diri insan berlaku dengan baik serta dapat mengembalikan ma’na diri insan menurut sudut pandang alam Islam, Ahlussunnah wal Jamaah aliran as Asyairah dan al-Maturidi.

Apa Program Yang Kami Telah Jalankan?

Majlis Muar Berselawat

program-3.png

Majlis Isra Mikraj

Majlis Belia Tangkak Berselawat

Majlis Maulidur Rasul

Masih Kurang Percaya?

Majlis HALAQAH Sentuhan Qalbu

Majlis Kibaran Jalur Gemilang

Majlis Maulidur Rasul

Majlis Maulid Nabi SAW

Ramai Ke Yang Datang Program ni?

…Ini Sebahagian Daripada Peserta Yang Datang Ke Program Kami…

Pengesahan Lesen Kelulusan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Akta Pertubuhan 1966

Tekan Button Di Bawah Untuk Mula Berwakaf

Pertanyaan Atau Keraguan
Boleh Hubungi:

Dasar Johor

Scroll to Top