Bicara Khas – Adab dan Kepentingan Menuntut Ilmu

Bicara Khas – *Adab dan Kepentingan Menuntut Ilmu*
.
Tiada jalan lain untuk berjaya di dunia dan akhirat kecuali dengan jalan menuntut ilmu atau pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penerapan adab ke dalam diri seseorang dan ianya memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang bertaqwa dan beradab.
.
Ahad 19 Sep 2021 | 9.00mlm-10.30mlm
.
Bersama
Habib Abdurrahman alMusawa
.
Pengajian dalam talian ZOOM (link):
Meeting ID: 845 4232 1736
Passcode: 397773
.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
0123497323 Azharidzuan
—-
✍️Ringkasan kuliah online.
Bicara khas- *Adab dan kepentingan menuntut ilmu.*
Bersama- *Habib Abdurrahman Al Musawa*
🌹Kita perlu bersyukur kepada ALLAH SWT, bkn dengan lisan sahaja, tetapi dgn anggota tubuh, seperti nikmat mata membaca Al-Quran, memandang orang tua dengan kasih sayang memandang segala perkara kebaikan, jauhkan daripada memandang maksiat.
🌹Pentingnya menuntut ilmu,kerana pentingnya ilmu untuk dunia dan akhirat.
🌹Harta yang kita ada, kita akan tinggalkan apabila sudah masuk didalam kubur,bahkan ank isteri pun tidak dapat menemani kita didalam kubur kecuali amal kita, sedangkan amal ini belum tentu diterima ALLAH jika kita tidak menuntut ilmu, takut amalan kita sia2,apa sahaja yang kita lakukan mesti dgn adanya ilmu.
🌹Orang yang berilmu, amalnya akan diterima, kerana ilmu dan amal tidak boleh dipisahkan,kerana amal itu penting, jika tidak amal akan lupa.
🌹Orang yang berilmu itu lebih afdal dari ahli ibadah, kerana ahli ilmu dan alim ditakuti syaitan daripada ahli ibadah. Ahli ibadah yang tidak berilmu tidak diterima oleh ALLAH.
🌹Menuntut ilmu, walaupun dalam online(zoom) sambil memasak, sambil membuat kerja, tetapi dengan niat mahu menuntut ilmu, Lebih baik daripada menghantar 1000 jenazah kekubur, lebih baik dari mendehakakan 1000 hamba.
🌹Menaafaat nya ilmu, umur kita sedikit sedangkan ilmu itu lagi banyak, maka cari lah ilmu yang bermunafaat untuk bekalan akhirat.
🌹Ilmu itu amanah, wajib menuntut ilmu dan menyampaikan.
🌹Dengan adanya ilmu, kita rasa takut dgn ALLAH, bukan ukuran daripada pakaian yang kita pakai(Jubah, ridaq, serban)
boleh menyebabkan kita takut pada ALLAH, dengan sedikit ilmu itu, hati kita bercahaya pada ALLAH.
🌹Sedikit ilmu yang bermunafaat lagi baik daripada ilmu yang banyak tapi tak bermunafaat. (ilmu yang ada tetapi tidak ada rasa takut dengan ALLAH)
🌹Tidak boleh menuntut ilmu tanpa guru.
🌹Jangan salah memilih guru,cari Guru yang boleh menjadikan kita takut pada ALLAH,guru dari ahli sunnah al waljamaah. Jauhi dari guru yang memburukkn2 dan mncaci orang lain.
🌹Orang tidak memandang ilmu, tetapi adab, adab pada orang tua, pada Guru.
🌹5 ahklak orang alim(ulama akhirat)
1.Al khashiah
▪️Ilmunya semua menjadikan takut pada ALLAH dan makin dekat, cinta pada ALLAH (Jika kita belajar tetapi tidak takut pada ALLAH, ilmunya tidak bermunafaat
2.Al khusyuk
▪️Dengan melihatnya sahaja, menguat kan kita beribadah pada ALLAH, menambahkan kecintaan pada ALLAH.
3-Tawaduk
▪️Tidak berjual beli ilmu agama, tidak menyombong dengan nikmat yg Allah beri, menjadikan diri kita jadi tawaduk(tidak menyombongkan diri,rendah diri).ALLAH akan angkat orang yang tawaduk.
4-Khusnul Kulub
▪️Akhlak nya baik, hatinya penuh kasih sayang,hatinya memaafkan,mengajak kepada kebaikkan dan sayang kepada sesama muslim terutama ahli keluarga,selalu tersenyum,selalu memikirkan supaya umat semua ke jalan ALLAH.
5.Kitah al ahirah ahlal dunia
▪️Kehidupan yang diinginkan hanya ALLAH, bukan dunia.Tiada sedikit pun kecintaannya pada dunia.Walaupun kaya,tidak pedulikan dengan hartanya, walaupun harta nya hilang.
💚Jangan dihati ada dunia,biar ditangan sahaja.
❤️Semakin takut pada ALLAH,semakin cinta pada ALLAH.
19 September 2021(Ahad)
Scroll to Top