‘FORMULA HARAMAIN’ Menterjemah Peradaban Melayu

Sollu ‘alan Nabiy
AGAMA WAHYU SEBAGAI ASAS KETAMADUNAN DAN PERADABAN MANUSIA
Tahukah anda bahawa para Nabi dan Rasul bukan sahaja bertanggungjawab membimbing manusia kepada mengenal dan menyembah Allah s.w.t, bahkan ramai menjadi pencetus ketamadunan dan peradaban manusia semenjak dari zaman awal, membangunkan tamadun mengikut keperluan zaman demi kelangsungan hidup manusia yang semakin lama berkembang biak menjadi semakin ramai, kompleks dan beragam termasuk dalam interaksi sesama manusia dan hubungan dengan alam. Maka perlu diurus tadbir mengikut petunjuk Allah yang didatangkan melalui pelbagai cara kepada para Nabi dan Rasul.

 

Nabi Adam a.s dikurniakan kebolehan dalam bidang pertanian, menggembala kambing dan memasak dengan menggunakan api yang diajarkan oleh Malaikat. Nabi Idris dikurniakan pelbagai ilmu kehidupan, menjadi manusia pertama mencipta pena, boleh menulis dan membaca, berkemahiran dalam ilmu matematik, astronomi, mencipta jarum dan benang, menjahit pakaian, menjadi seorang tabib, mencipta alat-alat peperangan seperti busar, anak panah, lembing dan pedang untuk menghadapi perang jihad yang pertama di dunia, serta menunggang kuda. Nabi Nuh a.s pula merupakan pakar dalam bidang ukiran dan pertukangan kayu, diajar ilmu ‘arkitek dan kejuruteraan’, membina kapal besar yang luarbiasa sehingga mampu melindungi pengikutnya dari banjir besar. Begitu juga dengan Nabi dan Rasul yang lain.

 

Ikuti perbincangan lanjut mengenai sejarah para Nabi dan Rasul sebagai pencetus ketamadunan dan peradaban manusia awal dalam Pengajian Kursus 1 Modul 1 Akademi Watan dengan tajuk besarnya “FORMULA HARAMAIN’ MENTERJEMAH PERADABAN MELAYU’

 

Setiap modul akan dianjurkan pada hari Ahad bermula pada 5 Sep 2021 – 24 Okt 2021 pada pukul 10:00pagi-12:00tghari
Kursus secara dalam talian ZOOM
Yuran Kursus : RM50
Yuran boleh di bank-in ke akaun tertera dibawah dan slip pembayaran boleh disertakan pada borang pendaftaran.
Bank Islam Malaysia Berhad
Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam
12186010002000

 

Tempat terhad. Daftar segera!
Tarikh tutup 29 Ogos 2021

 

 

Pertanyaan & Pendaftaran,
Hubungi:
Tn Fared: 0173387956
Pn Khadijah : 01155010786
Datin Ezan: 0178734403
Azharidzuan: 0123497323

 

Sila ‘LIKE’ Fb AKADEMI WATAN dan mohon SHARE seluasnya. di pautan berikut:

 

Terima kasih
Scroll to Top