PENDIDIKAN – PENYERAPAN ADAB DALAM DIRI INSAN

PENDIDIKAN – PENYERAPAN ADAB DALAM DIRI INSAN

Sewaktu ana belajar di Bumi Al Azhar,

Sering juga ana mulazamah pada satu tempat yang masyhur dikalangan Habaib. Bangunan tersebut sama macam Butik Amayra.

Ya, ianya bangunan kedai. Berdekatan dengan masjid dan Maqamnya Sidnal Hosein cucu baginda Nabi Muhammad SollaAllahu alaih wasallam.  Datuknya para habaib.

Dibawahnya ada kedai runcit, kedai buat tasbih, kedai ayam potong.

Tempatnya mulia dari pandangan kami. Disitulah tempat Habibna Al Habib Ali Zainal Abidin berkhidmat menjaga tempat itu yg diamanahkan oleh Habib Omar dan Habib Ali Al Jufri.

Habib Taufiq, Habib Syahridzan, Tuan Guru kami Ustaz Hatta bin syukri, Habib Ahmad, Syeikh Umar Zua’izaq pernah mengaji, dan mengajar disitu.

Sampailah ke hari ni tempat itu masih beroperasi. Kini yang jaganya khidmat anak murid awal Habib Omar yaitu Syeikh Abdul Karim BaSyarahil. Yang menjadi tunggak utama hidupnya tempat tersebut Habib Ali Al jufri di bawah Yayasan Tabah.

Sekarang ramai masyaikh yang mengajar disitu, antaranya Habib Abdullah Al Jufri sepupu Habib Ali Al Jufri. Begitu juga Habib Muhammad Al Jufri yang mengajar usul fiqh.. dan gak lupa Syeikh Ali BaFadhl tenaga pengajar Dar Mustafa yg kini berkhidmat di situ. Dan ramai lagi Masyaikh Al Azhari yang mengajar disitu seperi Dr Usamah Al Azhar, Dr Ahmed Al Britani Al Azhri dll.

Kami selalu panggil tempt tersebut Sahah Yamani atau Sahah Husaini.. kalau nama official nya Raudhatun Naim..

Maka saya diberi amanat dari Ayahnda kita Syeikh Abu Zaki Hafizahullah untuk berinama, saya sangat cenderung dan suka jika tempat itu diberi nama Sahah Muttaqin (ساحة المتقين)…

ساحة – lapangan/halaman
المتقين – orang² beriman

Saya lebih suka pada kalimah Muttaqin kerana perkataan itu selalu sangat di sebut oleh Tuan Guru Hasbulllah Soleh iaitu Taqwa. Orang bertaqwa sudah pasti sayang Allah. Maka auto juga sayang Rasulullah.

Daripada Al Fadhil Ustaz Al Fudhail Al Jauhary

Scroll to Top