USAHA DAKWAH YANG SEBENAR MASIH BELUM BERMULA

USAHA DAKWAH YANG SEBENAR MASIH BELUM BERMULA

Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi رحمه الله menulis dalam sepucuk suratnya;

Wahai rakan dan teman sekalian, kerja (dakwah) ini amat halus. Nabi صلى الله عليه وسلم telah melakukan satu bentuk usaha. Melalui usaha Baginda صلى الله عليه وسلم ini, segala cara kehidupan seluruh manusia telah berlaku perubahan menyeluruh sama ada pekerjaan, makan, perkahwinan, pergaulan, ibadat, muamalat dan lain-lain. Jadi, tentulah Baginda صلى الله عليه وسلم  sendiri telah menunjukkan begitu banyak perkara bagi menjalankan usaha ini.
 
Sekarang, kita ini masih belum pandai melakukan usaha dakwah ini dan sekarang usaha yang sebenarnya (diharapkan) pun masih belum bermula. Pada hari yang mana mereka yang hatinya dipenuhi iman, yakin, cinta kepada Allah تعالى, tumpuan kepada Allah تعالى, fikir akhirat, takut kepada Allah تعالى, zuhud dan takwa, orang ini bergerak dengan diri dihiasi akhlak unggul Nabi صلى الله عليه وسلم dan mereka hanya tenggelam dalam cita-cita mendapatkan keredhaan Allah تعالى serta bergerak di jalan Allah تعالى dengan dorongan semangat sanggup mengorbankan jiwa untuknya, maka pada hari itu usaha baru bermula.

Sayyidina ‘Umar رضي الله عنه berkata, “Semoga Allah تعالى merahmati Khālid (bin al-Walīd), cita-cita hatinya hanyalah supaya haq dan ahli haq menjadi gilang-gemilang, batil dan ahli batil menjadi lenyap, beliau tiada cita-cita lain selain ini.”

Keberkatan daripada usaha dakwah yang kita lihat sekarang ini (sebenarnya) ialah keberkatan sebelum bermulanya usaha sepertimana sewaktu kelahiran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم lagi telah bermula zahirnya keberkatan, sedangkan usaha sebenar dan keberkatan sebenar bermula 40 tahun selepas itu. Usaha yang dijalankan sekarang ialah supaya pekerja-pekerja agama sebenar dapat disediakan. Allah تعالى akan menggunakan khidmat usaha agama dan akan menjadikan perantaraan hidayah melalui orang-orang yang kehidupan mereka berubah bertepatan dengan dakwah mereka. Sementara mereka yang tiada perubahan dalam kehidupannya tidak akan digunakan oleh Allah تعالى untuk khidmat usaha agama-Nya, (kerana) usaha ini ialah usaha para Nabi عليهم السلام.

 

Petikan daripada;

BIOGRAFI MAULANA MUHAMMAD YUSUF KANDHALAWI
Akan terbit bulan ini Insya-Allah.

 

Muhammad ‘Abdullah bin Muhammad ‘Amir
Seremban, Negeri Sembilan,
12042018/27071439

Scroll to Top