Konsep Dasar

Konsep Dasar

Membangun budaya ilmu di kalangan masyarakat dengan penganjuran pengajian kitab atau daurah kitab secara bertalaqi bersama para guru yang bertauliah samada pengajian turath atau Islamisasi moden (Tan Sri Prof Naquib Al Attas). Majlis ilmu juga akan dapat membina hubungan dan mahabbah diantara guru dan masyarakat awam disamping dapat meluruskan faham tentang hakikat ilmu yang ramai di kalangan awam keliru di antara pandangan alam Islam dan Pandangan Alam Barat

Penganjuran Majlis bersama Para Habaib dan Para Asatizah dengan majlis seperti Majlis Taklim, Majlis Maulid, Majlis Khatam Al Quran, Majlis Ratib dan lain-lain agar dapat membina cinta masyarakat kepada ahli bait Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasalam disamping usaha kepada penyerapan adab dalam diri insan (pendidikan)

Usahasama dengan Dakwah Jemaah Tabligh demi membina sifat kasih insan kepada seluruh ummat manusia dan juga dakwah ini merupakan antara jalan yang berkesan dalam mengamalkan ilmu dan sunnah Baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasalam.

Program Motivasi atau kursus jati diri demi membangunkan kecerdasan emosi dan rohani insan dengan cara penyampaian yg menarik dan berkesan

Penganjuran Program Forum, Wacana, Kursus Latihan, Pengkaderan, Penyelidikan, yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan lainnya seperti isu kekeluargaan, isu sejarah bangsa dan agama, isu ekonomi dan lain-lain.

Program Kebudayaan, Kebajikan, Kemasyarakatan dan Ekonomi demi membina sifat prihatin dan kasih sayang sesama insan

Nota: Penganjuran majlis atau program melingkupi setiap lapisan masyarakat (umur, bangsa dan agama). Tertakluk kepada objektif pada program yang dianjurkan

Budaya Ilmu adalah perkara dasar dalam pembangunan insan

Scroll to Top