NASIHAT TENTANG ZAMAN

NASIHAT TENTANG ZAMAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Ibrah dari pergerakan yang terkawal.

Antara kata2 yang sedang ditularkan sekarang ini dikala kita bersungguh2 mahu melihat terbendungnya penularan wabak yang datang melanda masyarakat kita adalah saranan agar kita tetap di rumah dan kawal pergerakan kita. 

Dikatakan berbezanya kita dengan angkatan2 yang terdahulu adalah kita tidak dituntut untuk berjuang di medan perang, cukup sekadar menggerakkan daya sabar untuk tinggal di rumah.

Kalau kita merenung kembali kata2 Imam al Ghazali berkenaan adab penuntut ilmu, beliau(R) menyatakan bahawa penuntut ilmu hendaklah memutuskan dirinya dari segala rintangan yang dapat menghalangnya dari penguasaan ilmu, termasuklah disarankan agar penuntut itu tadi berhijrah untuk tujuan tersebut. Ini diibaratkan derasnya gerakan air sekiranya haluanya tertumpu berbanding yang dipencilkan kepada beberapa penjuru. Tentulah nasihatnya ini berkesan untuk seseorang yang berkehendak untuk memperbaiki hubungan antara dirinya dan Tuhannya hendaklah berusaha membebaskan dirinya dari segala tarikan yang memperdaya.

Gerak-daya-sabar-diam ini boleh juga sebenarnya dilihat sebagai peluang kita untuk menumpukan perjuangan yang hakiki yang memanjang iaitu perang melawan hawa nafsu agar ia dapat ditundukkan dan supaya diri2 kita dapat menyerahkan diri kepada pencipta kita dalam keadaan diredhaiNya.Tambahan pula berlakunya segala peristiwa ini serempak dengan persediaan kita untuk bulan melatih taqwa dan kesabaran.

Inilah peluangnya untuk kita memeriksa diri kita berkenaan dosa2 zahir dan batin untuk dirawat dan dibersihkan diri kita darinya, dan peluang untuk kita juga untuk melakukan amalan yang zahir dan batin untuk mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita.

Bagi usaha ini, selain daripada karya2 Hujjatul Islam Imam Al Ghazali yang berpaksikan al-ihya, dan juga alim-ulama alam melayu yang menyambungkan ia sebagai sebuah tradisi, karya2 Imam Al Haddad juga adalah sangat berkesan bahi kita yang berhajat kepada peringatan, bimbingan dan panduan untuk memperteguh iman dan akhlak kita dan juga memperkemas akan amal-ibadah kita. Karya2 imam al haddad yang ditulis dalam bahasa yang mudah dan ringkas dan penuh kasih sayang dan nasihat mendidik dan mengasuh kita, ia ibarat adab2 yang diresapkan dalam diri kita secara beransur sehingga ia membentuk peribadi terpuji.

Imam Al Haddad menyarankan kita agar merenung hakikat umur kita, dan mengutamakan modal kita agar kita bebas dari perasaan hasrat, hiba dan penyesalan di hari akhirat akibat dari tidak memanfaatkan peluang saat di dunia.
Antara saranannya yang dapat kita manfaatkan buat situasi sekarang adalah memulakan amalan beberapa wirid yang beraneka warnanya yg manfaatnya sangat besar. Antaranya solat sunat nawafil, puasa sunat, berkhidmat kepada keluarga, membaca Al Qur’an, mengamalkan wirid dhikir yang tersusun seperti ratib  Al Attas, Al haddad( dll), menelaah karya karya yang bermanfaat. Ini semuanya dapat dilakukan pada situasi kita sekarang ini.

Sekiranya kita gunakan peluang ini sebaiknya dan tidak menghabiskan waktu kita hanya dengan hiburan dan menunggu waktu uzlah ini tamat, insyallah kita akan keluar nanti dengan keadaan yang tenang, keluarga kita akan bertambah bahagia, matlamat hidup kita akan lebih jelas dan dapatlah kita keluar dari madrasah ini menjadi insan yang lebih baik insyaAllah.

 

Disediakan oleh AL Fadhil Ustaz Syed Muhammad Muhiyuddin Al Attas

Scroll to Top