MENGENALI ILMU SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT

MENGENALI ILMU SYARIAT, TARIQAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT

Mari kita berkongsi secara ringkas, padat dan tersusun mengikut ilmu tradisi  (Ulama Nusantara) yang bersanad hingga kepada Baginda Saw. 

 

SYARIAT: 
Adalah ilmu Fardhu Ain (wajib dipelajari oleh setiap mukalaf) iaitu ilmu;
a) Tauhid (manhaj Ahli Sunnah Waljamaah: Imam Abu Hasan Al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi).

b) Feqah (Ilmu pelaksanaan ibadah, muamalah,munakahah, jenayah-mengikut prinsip Imam Muhammad Bin Idris iaitu Imam Asy-Syafie).

c) Tasawuf (Ilmu peradaban dalam mendidik hati dengan membuang 10 sifat mazmumah dan mengisi 10 sifat mahmudah-Imam Al-Ghazali).

 

TARIQAT (Jalan):
a) Segala perlakuan dalam melaksanakan ilmu syariat diatas.

b) Terbahagi kepada dua
-Tariqat Wajib seperti Solat, Puasa, Zakat, Haji dsb. (Segala rukun Islam dan rukun Iman).
-Tariqat Sunat (fadhailul amal seperti zikir-zikir yang dibawa oleh ahli sufi yang telah berjaya seperti Alawiyyah, Naqsyabandiah, Syaziliyyah, Syattariyah, Chistiyyah, dll.

 

MAKRIFAT:
a) Ilmu rasa yang membawa kita kepada dapat melihat kerja Allah dalam setiap detik.

b) Membawa kepada rasa kehambaan dan rasa bertuhan.

 

HAKIKAT :
a) Satu hadiah dari Allah yang membuatkan seseorang itu meredhai apa sahaja yang berlaku dalan hidupnya samada positif atau negatif kerana rasa hubbullah (cinta Allah) telah mendalam didalam sanubarinya. Tiada keluh kesah bagi mereka walau sebesar mana pun ujian yang datang, hatinya tetap tenang bersama Allah. 

*Hakikat dan Makrifat adalah ilmu rasa, bukan sekadar ilmu kalam bermaksud tidak ada tuntutan didalam memburu ilmu ini tetapi tuntutannya adalah dalam memburu pimpinan Guru yang beramal dengan Syariat dan Tariqat Wajib. Dan lebih afdal jika Guru itu juga mengamalkan Tariqat Sunat.

 

Semoga kita semua memahami dasar ilmu ini tentang apa itu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat.

Jika ada Guru yang menyatakan beliau mengajar ilmu Hakikat dan Makrifat tetapi meninggalkan Tariqat (khususnya yang wajib) dan jahil Syariat, tinggalkanlah Guru tersebut kerana disitu terletaknya Ghurur (tertipu) mengikut faham Imam Al-Ghazali.

Wallahua’lam.

 

Disediakan oleh Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

Scroll to Top