Selamat Hari Malaysia 2021

[MUDA]
Banyak kita melihat sesebuah organisasi sangat prograsif dalam memperjuangkan keadilan, integriti, adab, hak asasi manusia, membangun generasi berdaya saing dan lain lain.
Sebuah perjuangan yang mulia pada dasarnya.
Namun perkara yg perlu diperhalusi apakah benar faham organisasi organisasi yg memperjuangkan hal hal yg disebut di atas akan dasar istilah makna insan, roh, perjuangan, pendidikan, agama, adil, ilmu, integriti, adab, kejayaan dan kebahagiaan.
Apakah kefahaman dasar istilah makna ini mengikut pada fahaman pandangan alam barat atau mengikut pada kaca mata atau pandangan alam Islam yg bersumberkan AlQuran dan Sunnah Rasullullah Sollallahu Alaihi Wasalam.
Jika kefahaman kita sendiri keliru celaru, maka kita akan memimpin manusia juga kepada kerosakan, kekeliruan dan kecelaruan yg lebih hebat lagi yg kelak di hari pembalasan akan dipertanggungjawabkan.
Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad menerangkan tentang 7 golongan berjaya success, termasuk #muda yg success.
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Mereka adalah:
• Pemimpin yang adil.
• Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa.
• Orang yang hatinya terpaut pada masjid.
• Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.
• Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah.”
• Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.
• Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya.
[Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim]
Scroll to Top